Amalkan Bersugi Setiap Hari. Ini Kelebihanya Mengikut Sunnah


Apabila kita melakukan sesuatu perkara dengan niat mengikut sunnah nabi maka nescaya amalan itu mendapat ganjaran pahala daripada Allah swt. Oleh itu, lakukan amalan menggosok gigi di awal pagi atau sebelum solat dengan niat mengikut sunnah.

Alat yang boleh digunakan untuk bersugi atau mengosok gigi seperti kayu sugi, berus gigi, cebisan kain atau benda-benda lain yang suci dan tidak membahayakan. Rasullulah saw sangat menggalakkan umatnya menjaga kebersihan gigi.Jadi mari kita lihat apa khasiatnya jika kita selalu membersihkan gigi.

Syuraih bin Hani' berkata, "Aku bertanya kepada Aisyah amalan apakah Nabi saw mulakan ketika memasuki rumahnya?

Aisyah menjawab "Bersugi." (Riwayat Muslim)

Sabda Rasullulah saw,"Bersugi adalah cara untuk membersihkan mulut dengan melakukannya akan mendapat keredhaan Allah swt ." (Riwayat An Nasai dan Ibnu Majah)

1.    Meningkatkan akal,

2.    Mencerahkan mata,

3.    Melambatkan tumbuh uban

4.    Menggandakan pahala

5.    Mengucap dua kalimah syahadah ketika hampir ajal

6.    Memudahkan keluarnya daripada badan

7.    Bersugi membersihkan gigi dan mulut daripada kuman yang merosakkan gigi.


Kepada anda yang suka amalan sunnah, menggosok gigi setiap kali hendak menunaikan solat tidak menjadi satu masalah malah seseorang itu akan berasa segar untuk menunaikan solat. Oleh itu, jadikan diri kita seorang yang suka memberus gigi sebelum menunaikan solat.  

Wallahu a'lam.
Sumber: Hijabista
loading...
0 Komentar untuk "Amalkan Bersugi Setiap Hari. Ini Kelebihanya Mengikut Sunnah"

 
Copyright © 2014 WORLD NEW STORY - All Rights Reserved
Template By Catatan Info