BULU KETIAK APAKAH FUNGSINYA?...DAN HUKUM MENCUKURNYA



Apakah yang dikatakan ketiak itu?


Ketiak adalah salah satu anggota badan yang terletak di antara bahu  dan lengan. Ia terletak di bahagtian bawah sendi yang menyambungkan antara kedua-dua anggota badan itu.

Ada beberapa bahagian badan manusia yang ditumbuh bulu-bulu, salah satu daripadanya ialah ketiak. Kerana itu ia dipanggil bulu ketiak.


Ketiak anggota badan yang kurang popular. Tidak seperti mata, hidung, pipi dan bibir.


Kadang-kadang ketiak menimbulkan problam dengan mengeluarkan bau hapak yang menyengat hidung, dan mengeluarkan banyak peluh hingga membasahkan bahagian baju bawah ketiak, menyebabkan tuan empunya tidak selesa.


Biasanya setiap ketiak mempunyai bulu. Baik lelaki atau perempuan. Cuma yang bezanya bulu itu panjang atau pendek, lebat atau jarang, dan juga warna bulu ketiak itu mungkin juga berbeza.


Fungsi Bulu Ketiak
Bulu ketiak itu mulai tumbuh pada seseorang bila dia  baligh atau cukup umur, dan berhenti tumbuh ketika berusia belasan tahun, iaitu antara tiga belas hingga sembilan tahun.


Sampai sekarang ahli-ahli sains belum dapat menyatakan dengan tepat apakah fungsi sebenarnya Allah jadikan bulu-bulu ketiak itu? Justeru fungsi bulu ketiak itu masih menjadi tajuk perbahasan di kalangan mereka.


Tapi tidak mengetahu fungsi sesuatu benda itu bukanlah bererti perkara itu tidak berfaedah. Semangnya ada perkara-prkara yang memerlukan masa yang lama untuk kita memahami sesuatu ciptaan Allah itu.


Allah tidak menjadikan sesuatu dengan sia-sia Mesti ada rahsia di sebaliknya yang masih belum  mampu dijangkau oleh akal manusia yang memang terbatas ini.


Walau bagaimana pun kalau kita perhatikan buat masa ini ada tiga fungsi bulu ketiak yang penting.


Pertama sebagai alat semula jadi untuk meresap peluh-peluh yang biasanya keluar ketika cuaca panas atau ketika bekerja banyak menggunakan tenaga tulang empat kerat.



Kedua sebagai alat semula jadi untuk meresap kelembapan daripada melekat di kulit ketiak


Ketiga bulu ketiak menolong melakukan ventilasi atau pertukaran udara pada anggota ketiak itu.


Cukur Bulu Ketiak


Setahu kita ada tiga tindakan manusia terhadap bulu-bulu ketiak mereka, baik lelaki atau perempuan.


Pertama mereka yang mencukur bulu-bulu ketiak mereka hingga gondol..


Kedua mereka yang membiarkan bulu-bulu ketiak mereka tumbuh meliar.

Ketiga mereka yang membiar bulu-bulu itu tumbuh tapi merawatnya, memotongnya pendek dan juga mencucinya.

Sebab Mencukur Bulu Ketiak


Ada beberapa sebab kenapa seseorang  mencukur bulu ketiak. Antaranya kerana adat resam, kerana kebersihan, dan kerana agama.


Tentunya merupakan pandangan yang kurang manis, jika seseorang, baik lelaki atau perempuan, memaki baju atau singlet yang tidak berlengan, menayangkan bulu-bulu ketiaknya keluar dari celah-celah ketiak mereka.


Dan lebih tidak sopan lagi kalau mereka yang menayang bulu ketiak itu merupakan  tukang masak, atau pelayan-pelayan di majlis  keramaian.


Bagi orang Islam pula mereka mencukur bulu-bulu ketiak kerana agama mereka. Sunnah kepadasetiap Muslimin dan Muslimah mencukur bulu ketiak mereka.


Alat-alat Mencukur Bulu Ketiak

Ada dua cara untuk membuang bulu-bulu ketiak. Pertama dengan cara mencukurnya, dan kedua dengan cara mencabutnya.


Untuk menanggalkan bulu ketiak itu ada mereka yang mencukurnya dengan menggunakan pisau cukur atau menyapu dengan bahan-bahan khusus yang menyebabkan bulu-bulu itu gugur dengan sendiri, tanpa perlu dicukur atau dicabut.


Pisau cukur pula selain daripada pisau cukur manual ada pula pisau cukur yang menggunakan elektrik dan ada menggunakan bateri. Pengguna hanya perlu memilih mana-mana yang sesuai dengan selera mereka.


Sejak kebelakangan ini alat-alat menanggalkan bulu-bulu merupakan salah satu dari bahan kesihatan yang dirika khas kerananya untuk digunakan oleh para pengguna dengan lebih mudah dan selamat.

Siapa Yang Mencukur Bulu Ketiak
Di Amerika dan England kegemaran mencukur bulu ketiak di kalangan lelaki dan perempuan dikatakan bermula pada tahun 1915, bila majalah-majalah di sana menyiarkan iklan gambar seorang wanita bergaya dengan ketiak yang licin kerana digondolkan.


Ahli-ahli sukan, khsususnya ahli-ahli sukan renang, lelaki atau perempuan menggondolkan ketiak mereka dengan mencukurnya. Ini dapat membuat badan mereka berada dalam keadaan “streamline” ketika berenang dan ini membolehkan mereka berenang dengan lebih laju.


Demikiian juga ahli-ahli bina badan biasanya memilih untuk menggondolkan ketiak mereka untuk tujuan kecnantikan.


Lebih Cepat Tumbuh


Dalam soal mencukur bulu-bulu badan ini, termasuk bulu-bulu ketiak ada pendapat yang mengatakan bulu-bulu yang dicukur itu akan lebih cepat tumbuh kembali dan dengan keadaan yang lebih tebal dan kasar dari biasa.


Tapi menurut doktor, pendapat itu tidak benar, ianya merupakan kepercyaan tahyul yang tidak berasas sama sekali.


Apa yang sebenarnya berlaku, bila bulu-bulu ketiak itu dicukur licin-licau, maka ketika ia tumbuh kembali akan terasa keras dan tajam menyebabkan rasa  tidak selesa pada kulit. Tapi bila ia telah panjang semula, ia akan kembali seperti biasa, tidak lagi menganggu ketiak lagi.


Pada permulaan tahun 2015 ini telah terserlah satu kegilaan baru di kalangan kaum wanita, khususnya wanita barat. Mereka bukan sahaja tidak mencukur bulu-bulu ketiak mereka, atau membiarkan bulu-bulu itu tumbuh subur, tapi juga mewarnakan bulu-bulu ketiak itu dengan warna  yang terang.


Islam Dan Bulu Ketiak


Mengenai perkara ini Mohd Azwar penyusun buku “Petunjuk Wanita Solehan, Adab Kebersihan dan Persolekan Wanita” berkata  bahawa telah sepakat para ulama bahawa mencabut bulu ketiak adalah sunnat, dan itu lebih utama. Bagi lelaki boleh dilakukan dengan mencukurnya.


Beliau menyebut sebuah kisah yang diceritakan oleh Yunus bin Abdil A’la, Katanya, “Pernah saya menemui Asy-Syafie. Ketika itu ada seorang tukang cukur yang tengah mencukur ketiak beliau. Maka berkatalah Asy-Syafie, “Saya tahu, bahawa sunnahnya memang harus dicabut, tapi saya tidak kuat sakitnya”.

Sebelum itu beliau juga telah mengungkap sebuah Hadis Rasulullah SAW yang bermaksud:
“Dari Abu Hurairah ra. katanya: Sabda Rasulullah SAW: Ada lima perkara yang termasuk fitrah [kesucian], iaitu istihadhah, khitam, mencukur kumis, mencambut rambut ketiak dan memotong kuku”. HR:Jamaah.


Sumber : pondokrahmat
loading...
0 Komentar untuk "BULU KETIAK APAKAH FUNGSINYA?...DAN HUKUM MENCUKURNYA"

 
Copyright © 2014 WORLD NEW STORY - All Rights Reserved
Template By Catatan Info