Makanan Kegemaran Anda Yang Sebenarnya Merosakkan Kulit

Mungkin sering kali kita persalahkan cuaca atau pencemaran yang menyebabkan kulit kita rosak. Walhal, pemakanan juga memainkan peranan dalam memastikan kulit kita sentiasa sihat dan kekal muda lebih lama.

Tetapi tidak ramai yang mengetahuinya. Tidak salah untuk menikmati makanan ini sekali-sekala, tetapi jangan sehingga boleh merosakkan sel kulit dan menyebabkan kulit menua tidak seiring usia yang baru sahaja mencecah 20 atau 30-an.

Ramen – Mengurangkan seri wajah


shutterstock_290860175

Kandungan ramen yang tinggi sodium boleh menyebabkan kulit cepat dehidrat. Ini sekaligus menyebabkan kulit tidak lagi anjal dan hilang seri.


Mac and Cheese – Punca kedut dan jerawat pada wajah

 shutterstock_109237280

Ia tinggi dengan indeks glycemic yang mana menyebabkan kedutan dan jerawat pada wajah. Indeks glycemic adalah yang mana menunjukkan nombor yang berkaitan dengan beberapa jenis makanan tertentu yang menunjukkan kesan makanan tersebut kepada tahap glukosa dalam darah seseorang. 

Piza – Merosakkan kolagen kulit

shutterstock_395782255

Terbukti yang piza mengandungi kadar indeks glycemic yang tinggi. Ia sekaligus meningkatkan kadar gula dalam darah dan boleh menyebabkan masalah jerawat. Bukan itu sahaja, ia juga penyebab kolagen pada kulit rosak. 


Burito – Kulit dehidrat dan kusam 

 shutterstock_324149609

Gabungan indek glycemic dan produk tenusu dalam burito membuatkan ia sebagai hidangan yang paling teruk untuk kulit. Kangan sodium yang tinggi juga menyebabkan kulit lebih mudah dehidrat dan menjadi kusam.


French Fries – Peningkatan kedutan

shutterstock_310086116

Umum tahu kentang goreng tinggi dengan kandungan sodium dan garam. Gabungan kedua-duanya menyebabkan kulit kekeringan dan menjadi kusam. 

Sumber : eh.my
loading...
0 Komentar untuk "Makanan Kegemaran Anda Yang Sebenarnya Merosakkan Kulit"

 
Copyright © 2014 WORLD NEW STORY - All Rights Reserved
Template By Catatan Info