[Dikemaskini] 2 Pelajar UiTM Maut Dihempap Pokok Ketika Aktiviti Survival Dalam Hutan





Bentong, 13 Mei : Seorang penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) Puncak Alam maut selepas sebatang pokok tumbang dalam kejadian di Lata Charok, Janda Baik, pagi tadi.

Empat yang lain turut cedera dihempap pokok berkenaan.

Utusan Online berkata, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bentong, Zainal Abidin Nong Chik berkata, dalam kejadian pukul 4 pagi itu, mangsa bersama 68 pelajar lain sedang mengikuti program perkhemahan di situ.

Semasa kejadian, sebatang pokok tumbang dan menghempap beberapa penuntut.

Pasukan bomba sedang melakukan operasi bagi membawa keluar mangsa yang dihantar ke Hospital Bentong,”katanya di sini hari ini.

Dikemaskini:

Dalam perkembangan terbaru, Ketua Polis Daerah Bentong, Supritendan Mohamad Mansor Mohd Nor mengesahkan dua mangsa maut dalam kejadian itu. Mangsa yang maut adalah Noorain Mokhtar, 23, dari Sungai Besar, Selangor dan Muhammad Kamil Md Sukri, 22.

Mangsa yang cedera pula dikenali sebagai Muaz, Farahanisa, Aini Sofia, Aida Farida dan Mohd Amar Afendi yang kini dirawat di Hospital Bentong.

Manakala Muhamad Haziq Radzuan, 21, yang cedera parah dihantar ke Hospital Kuala Lumpur.

Seramai 140 pelajar dan empat pensyarah tiba di kawasan air terjun berkenaan pada jam 11.30 malam dan sepatutnya turun jam 5 pagi Sabtu.

Bagaimanapun, semasa menjalani aktiviti survival itu, sebatang pokok tumbang dan menghempap beberapa pelajar.

Sumber: Utusan OnlineAstro Awani
loading...
0 Komentar untuk "[Dikemaskini] 2 Pelajar UiTM Maut Dihempap Pokok Ketika Aktiviti Survival Dalam Hutan"

 
Copyright © 2014 WORLD NEW STORY - All Rights Reserved
Template By Catatan Info