Landasan KLIA Ditutup Sementara Selepas Tayar Pesawat MH726 Mengempis Semasa Mendarat


Satu dari landasan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) terpaksa ditutup sementara hari ini selepas tayar sebuah pesawat Malaysia Airlines (MAS) mengempis semasa mendarat, lapor Bernama.

“Dua tayar penerbangan Malaysia Airlines MH726 dari Jakarta hari ini mengempis selepas mendarat dengan selamat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada pukul 7.13 pagi.

“Landasan 2 di KLIA akan ditutup sehingga diberitahu kelak,” kata pihak MAS,

Kesemua penumpang dan anak kapal telah selamat diturunkan daripada pesawat ke terminal dengan bas.

Syarikat penerbangan ini akan menyiasat punca kejadian yang berlaku terhadap pesawat Boeing 738 itu. - Siakapkeli.my
loading...
0 Komentar untuk "Landasan KLIA Ditutup Sementara Selepas Tayar Pesawat MH726 Mengempis Semasa Mendarat"

 
Copyright © 2014 WORLD NEW STORY - All Rights Reserved
Template By Catatan Info