Tahukah Anda Peristiwa Di Sebalik Sejarah Solat Fardhu Lima Waktu?...Kongsikan Bersama

Acapkali kita mendengar bahawa solat adalah tiang agama, malah solat juga kunci kepada terimanya semua amalam yang dilakukan dalam mengejar ganjaran pahala dan syurga.

Sebelum solat lima waktu diwajibkan kepada umat Islam, solat pertama yang diwajibkan adalah solat malam. Firman Allah s.w.t ;

“Hai orang yang berselimut (Muhammad), bangunlah (untuk solat) di malam hari, kecuali sedikit (daripadanya).”Surah al-Muzzammil:1-2

Selepas itu, melalui firman Allah dalam surah al-Muzammil ayat 20, memberi keringanan dalam kewajipan solat malam. Ia diganti dengan qiyamullail iaitu menghidupkan malam dengan ibadah seperti solat malam, membaca al-Quran, berzikir dan lain-lain.

Kemudian kewajipan ini juga diringankan dengan perintah solat wajib lima waktu ketika peristiwa Israk dan Mikraj. Pada awalnya, Allah s.w.t memerintahkan solat 50 waktu dalam sehari semalam kepada Rasulullah s.a.w.

Baginda pun menerima perintah itu dan ingin kembali ke bumi. Tetapi di langit keenam, Baginda bertemu Nabi Musa a.s lalu ditanya mengenai perintah yang diberikan Allah kepada Baginda s.a.w.

Lalu baginda menjawab, perintah untuk solat sebanyak 50 kali sehari semalam telah diberikan kepadanya oleh Allah s.w.t. Nabi Musa a.s pun menasihatkan Rasulullah untuk kembali bertemu Allah s.w.t bagi meminta untuk jumlah itu dikurangkan.

Umat sebelum ini juga gagal melaksanakan perkara yang diperintahkan Allah inikan pula untuk umat Nabi Muhammad melakukan solat 50 waktu sehari semalam, pesan Nabi Musa a.s.


Rasulullah s.a.w menerima nasihat itu lalu Baginda pun kembali menghadap Allah s.w.t untuk meminta pengurangan. Lalu jumlah itu dikurangkan kepada 40.

Nabi s.a.w turun semula ke langit keenam bertemu Nabi Musa a.s yang kemudian mencadangkan agar jumlah itu dikurangkan lagi;


“Umatmu masih belum mampu melakukannya wahai Muhammad.”

Begitulah seterusnya berulang kali, sehingga jumlah tersebut berkurang menjadi lima waktu. Selepas perintah itu bertukar menjadi lima waktu sahaja, Nabi s.a.w turun bertemu Nabi Musa yang mencadangkan agar jumlah itu dikurangkan lagi. Namun, baginda s.a.w bersabda;


“Aku telah berulang kali memohon keringanan kepada Rabbku, sehingga aku berasa malu. Aku reda dan menerima perintah tersebut.”

Kemudian Nabi s.a.w kembali ke bumi dengan membawa perintah solat lima waktu itu. Semua waktu solat hanya diwajibkan dua rakaat sahaja kecuali Maghrib tiga rakaat pada waktu awal solat dperintahkan wajib.

Selepas berhijrah ke Madinah, Rasulullah s.a.w mendapat wahyu agar tiga waktu solat iaitu Zuhur, Asar dan Isyak ditambah dua rakaat setiap satu sehingga menjadi empat rakaat. Waktu solat Maghrib dan Subuh kekal dengan tiga dan dua rakaat.

Begitulah secara ringkasnya tentang sejarah solat yang dititikmulakan dari peristiwa Israk Mikraj.

Bagaimanakah sekiranya Rasulullah s.a.w tidak mahu berusah payah berulang kali menemui Allah dan meminta waktu solat dikurangkan?

Sehingga hari ini, pada waktu solat yang lima waktu ini saja, kita masih malas, melenggahkan bahkan enggan, sedangkan hikmah dan ganjaran pada solat itu sangatlah besar.

Semoga kita semua tidak tergolong dalam golongan yang tidak lalai dalam mendirikan solat.
loading...
0 Komentar untuk "Tahukah Anda Peristiwa Di Sebalik Sejarah Solat Fardhu Lima Waktu?...Kongsikan Bersama"

 
Copyright © 2014 WORLD NEW STORY - All Rights Reserved
Template By Catatan Info