Tolonglah Wahai Ayah, Ciumlah Anak Dan Isteri Sebelum Keluar Bekerja. Ini Kelebihanya!



Untuk para ayah, amalkan kebiasaan mencium anak dan isteri sebelum keluar bekerja di pagi, amalkanlah, ya?

Dengan ciuman itu, hadir kebahagiaan yang di hati mereka kerana mendapatkan kuncupan di dahi dari ayah dan suami tercinta.


Cium di dahi dan di kening satu-persatu dan cium pula di pipi kanan dan pipi kiri mereka dengan penuh kelembutan hati.

Tunjukkanlah kasih sayang kepada mereka. Para ayah sukar untuk meluahkan rasa sayang secara pertuturan, namun, perlihatkanlah dari perbuatan.

Jangan sampai anak dan isteri rasa jauh hati kerana rasa tidak dihargai atau disayangi.

Terkadang kita sering rasa hal-hal ini seakan-akan perkara remeh. Ciuman sering kita lupakan dalam kehidupan kita sehari-hari; namun itulah satu-satunya yang mengukuhkan dan mempererat lagi jalinan kasih sayang.

Oleh itu, jangan kedekut ciuman dan pelukan, ya!

Dengan ciuman itu akan ada kedamaian di hati mereka. Kuncupan lembut dan mesra dari suami kepada isteri atau dari seorang ayah kepada anak-anaknya amatlah diperlukan.

Keluargamu adalah amanah dan harta anda di dunia, jagalah mereka dengan penuh kasih sayang.

InshaaAllah.

Sumber : Hijabista
loading...
0 Komentar untuk "Tolonglah Wahai Ayah, Ciumlah Anak Dan Isteri Sebelum Keluar Bekerja. Ini Kelebihanya!"

 
Copyright © 2014 WORLD NEW STORY - All Rights Reserved
Template By Catatan Info